Buah-buahan tempatan Negeri Sabah.
 |
Buah belimbing tampoi
Jangan terperanjat ye kwn2 dengan nama buah yang saya nama kan tue, buah ni ada di negeri Sabah dan Sarawak sahaja sebab saya x pernah lagi melihatnya di negeri2 lain. Nama buah tu mengikut nama yang di namakan di sekitar tempat kelahiran saya iaitu Daerah Sipitang Sabah. Masih ada lagi yang menanam pokok buah ini yang mana, saya ingat buah ini telah pupus.
Bentuk buah ini seperti belimbing, tetapi bentuk isi dan rasa adalah seperti buah tampoi 100% sama. Saya amat menyukai buah ini dan agak lama saya tidak menikmati buah ini. Insyallah tahun depan saya akan balik ke kpg halaman pada musim buah dan saya akan kongsi suasana musim buah di kampung saya.
|
No comments:
Post a Comment