Saturday, 24 October 2015


KATA-KATA HIKMAH HARI INI


OH MY OH MY ..... I LOVE IT  ANNICK GOUTAL

Image result for annick goutal




Image result for annick goutal


Image result for annick goutal



THAT'S MY HOBBY


INI ADALAH SALAH SATU PARFUME KEGEMARAN KU DAN TELAH SELAMAT MENJADI KOLEKSI SERTA DIANTARA YANG PALING WANGI PERNAH KU MILIKI...HURMMM WANGIIII HEHEHEH. BAUNYA AGAK KERAS SEDIKIT TETAPI MEMPUNYAI DAYA PENARIK YANG TERSENDIRI DAN SANGAT SEKSI BAGI KU..








MARI BERCERITA KISAH "PEMBURU YANG TAMAK"



Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu.

Burung itu bertanya, " Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?"

Lelaki itu menjawab " Akan aku sembelih engkau dan makan engkau sebagai lauk"

"Percayalah, engkau tidak akan begitu berselera memakanku dan aku tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik dari engkau memakanku "

Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.

Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju. Lalu dia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, "Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal."

Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Di sampaikannya nasihat yang kedua, "Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti."

Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, "Wahai manusia malang! Jika tadi engkau sembelih aku, nescaya engkau akan dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara. Berat setiap mutiara itu adalah dua puluh gram."

Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si burung murai.. Si pemburu berasa dirinya telah tertipu. "Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!"

Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun katanya, "Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!"

Si burung murai menjawab,"Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan keduanya. Kau percaya pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganmu. Cuba engkau fikirkan, hai orang yang dungu. Aku, dagingku, darahku dan buluku tidak logik seberat dua puluh gram. Oleh itu, bagaimana mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing seberat dua puluh gram? Aku tidak cukup besar untuk menyimpan dua butir mutiara besar! Kau tolol! Oleh kerananya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia."

Murai menyambung lagi, "Nasihatku yang ketiga adalah, memberi nasihat kepada sedozen bahlul seperti engkau ini adalah seperti menabur benih di tanah usang, tidak akan memberi faedah!"

Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu meninggalkan si lelaki yang termenung akan ketamakannya itu.



Moral:
Itulah contoh betapa halobanya anak Adam yang jadi kelabu mata dari mengetahui kebenaran.
Jika seseorang menginginkan yang serba banyak atau terlalu panjang angan-angannya atas sesuatu yang lebih, nescaya hilanglah sifat qana' (merasa cukup dengan yang ada). Dan tidak mustahil ia menjadi kotor akibat haloba dan hina akibat rakus sebab kedua sifat itu mengheret kepada pekerti yang jahat untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan mungkar, yang merosakkan maruah (harga diri).




MARI KITA BUAT KAJI SELIDIK SIKIT YER KAWAN-KAWAN  SILA KLIK





 KAJIAN INI BERKAITAN DENGAN AMALAM PEMAKANAN KITA SEHARIAN , SO TRY LAH 




Thursday, 15 October 2015


JALAN-JALAN SAMBIL SHOPPING JPO JOHOR BAHRU WIF SONS



AMIRUN DARWISY
.
.
.
AMIRUN HAZMI
.
.
.
.
AMIRUN ARMAN HAKIM






CUTI-CUTI MALAYSIA...




SELAMAT DATANG KE SEKITAR PERGUNUNGAN KINABALU, PASTI MENYERONOKKAN APABILA ANDA TELAH SAMPAI KE SINI. PELBAGAI PENGALAMAN INDAH AKAN ANDA RASAI SEPANJANG MELANCONG DI SINI.


Sunday, 11 October 2015



UNTUK CINTA OST PILOT CAFE....OMGGGG SUKA SANGAT DGR LAGU NI, ADIRA PON CANTEK SANGAT...

LOVE...RA80

BACK TO HOME

Sunday, 4 October 2015

Buah-buahan tempatan Negeri Sabah.


Buah belimbing tampoi


Jangan terperanjat ye kwn2 dengan nama buah yang saya nama kan tue, buah ni ada di negeri Sabah dan Sarawak sahaja sebab saya x pernah lagi melihatnya di negeri2 lain. Nama buah tu mengikut nama yang di namakan di sekitar tempat kelahiran saya iaitu Daerah Sipitang Sabah. Masih ada lagi yang menanam pokok buah ini yang mana, saya ingat buah ini telah pupus.

Bentuk buah ini seperti belimbing, tetapi bentuk isi dan rasa adalah seperti buah tampoi 100% sama. Saya amat menyukai buah ini dan agak lama saya tidak menikmati buah ini. Insyallah tahun depan saya akan balik ke kpg halaman pada musim buah dan saya akan kongsi suasana musim buah di kampung saya.








Thursday, 1 October 2015

JanjiNya pasti...
Ya Allah, dengan harapan beban dan ujian ku hari ini akan menjadi kemenangan paling manis dalam hidupku suatu hari nanti...

Ya Allah, kuatkan lah semangat ku, tabahkan hati ku dan permudahkan lah urusan ku di dunia dan akhirat...Amin

Ibu, semua ini untuk membalas jasa mu selama aku berada di dunia ini, terima kasih ibu. Walaupun ibu jauh di mata namun ibu tetap di hati ini setiap masa dan detik berlalu...ini hanya sedikit untuk membuat mu bangga sebb melahirkan ku ke dunia...

Ayah, walau di mana ayah berada.. kami adik beradik tetap mendoakan agar ayah sentiasa sihat walafiat di samping org2 yang ayah sayangi...pesanan buat ayah, jgan lupakan kami 5 beradik dan cucu2 ayah...kami anak ayah dan mereka cucu2 ayah dunia dan akhirat...




(qaseh80 2015)


Back To Home